Pesanan daripada Ustaz Mustaffa, guru kelas Bahasa Arab saya. Pesanan ni, terutama sekali untuk jemaah lelaki sebab jemaah perempuan tak boleh menguatkan suara :)
Ustaz pesan, kalau selepas Imam habis baca Al-Fatihah, sebutlah 'Amin'. Al-Fatihah itu adalah doa & 'Amin' itu bermaksud 'Perkenankanlah'.
Pesan Ustaz lagi, kalau Imam baca :
Yang bermaksud: Maha mendengar Allah akan pujian orang yang memuji-Nya.
Makmum jawablah :
Yang bermaksud: Ya Tuhan kami, untuk-Mu lah segala puji- pujian.
Kata Ustaz, segala yang kita baca dalam solat, cantik maknanya. Segala yang kita buat dalam solat, ada fungsinya. Bayangkan jika bergema suara makmum serentak menjawab kata- kata Imam, bukankah itu melambangkan kekuatan dan kesatuan yang sejati bagi umat Islam?
Saya setuju dengan kata- kata Ustaz.
Hmmm... ada lagi pesanan Ustaz...
Kalau solat berjemaah, pastikan barisan lurus dan rapat kerana itu melambangkan kesatuan ummah. Kalau ada ruang diantara jemaah sewaktu di dalam saf, syaitan yang akan memenuhinya. Itukah yang kita mahu? Supaya solat kita yang asalnya pun tidak begitu khusyuk, bertambah gangguannya?
Dan jangan lupa bersugi serta sentiasa menjaga kebersihan diri & sekeliling. Itu juga asas kekuatan kita.
Perkara yang nampak kecil tetapi amat dalam maknanya.
Itu saja ruangan 'Pesan Ustaz' untuk hari ini. InsyaAllah, nanti saya post lagi!
Segala yang baik adalah daripada Allah, segala kekurangan adalah daripada diri saya sendiri.
Segala yang baik adalah daripada Allah, segala kekurangan adalah daripada diri saya sendiri.
Semoga kita dapat menjadi Muslim sejati!
Aminnnnnnn!
No comments:
Post a Comment