Dear Readers,

Salam & Good day to all... I hope you'll have fun reading and probably collect something useful here. I welcome all comments & commends. Be kind and please don't be anonymous. I'd like to know my visitors :)

"La Tahzan, InnaAllaha ma'ana" (Al- Quran: Surah At- Taubah- Verse 40)
Translation: "Be not sad (or afraid), surely Allah is with us."

"All that is necessary for the triumph of evil is that good men do nothing." ~Edmund Burke~

In a world where you can be anything, be kind.

Monday, July 25, 2011

Salam Ramadhan 1432H - Jangan lupa bersahur ok!

*In Malay

Assalamualaikum  ya ashabi... Kaifa halukum? Ana bi khair... Alhamdulillah... 

Eh cewah... praktis cakap Arab sikit... kalau tak, sia- sia aje belajar kan?

Ramadhan dah dekat... kan kan kan? Saya sukaaaaaaa bulan Ramadhan. Bulan yang paling meriah berbanding dengan bulan- bulan lain. Pergi mana- mana pun meriah... Pergi pasar meriah, pergi masjid pun meriah... Masjid semakin meriah kalau di bulan Ramadhan... Alhamdulillah! Walaupun masjid biasanya kembali lengang selepas Solat Sunat AidilFitri, marilah kita sama- sama berdoa supaya kemeriahan masjid akan berterusan... Bukan senang nak buat benda baik. Banyakkkk godaannya.

Kalau di pagi- pagi hujung minggu, tempat rekreasi pun meriah. Kurang makan bukan bermakna kurang tenaga kan? Itulah kelebihan berpuasa... membuktikan kelebihan kekuatan umat Islam. Tenaga yang datang bukan kerana makanan, tetapi kerana iman. Eh cewahhhh... betulkan betulkan? Tapi, pastikan kerana iman, bukan kerana nafsu... kalau berjalan petang- petang kat pasar Ramadhan tu, kenalah tambahkan kekuatan iman... banyak godaan... makanan yang bermacam jenis, berwarna- warni, tersangatlah menggoda... jangan sampai membazir ya...

Itu baru cerita pasal godaan makanan... godaan lain lagiiiiii banyak... Banyakkan bersabar!

Eh eh... sebenarnya nak cerita pasal benda lain ni... Saya nak cerita pasal bersahur.

Haaaa... you all bersahur tak?

Kalau bersahur, baguslah! Kalau tak bersahur, janganlah begitu! Rugi tau! Di bulan Ramadhan ni, makan atau tidak, dua- dua dapat pahala... Tapi, kalau makan di waktu yang sepatutnya berpuasa tu tanpa sebab- sebab yang dapat diterima, takdelah dapat pahala... ngeeee... Janganlah salah faham. Maksud saya, makan di bulan Ramadhan yang dapat pahala tu ialah makan waktu berbuka puasa. Tapi... makan sahur pun dapat pahala tau! Bestkan?

Saya ni, mestiiiii bersahur... Dari kecil sampaiiii besar mesti bangun bersahur. Memang dah dibiasakan oleh emak dan ayah. Selera makan waktu bersahur, sama aje... Tak berkurangan pun walaupun kadang- kadang susahnya nak buka mata :) Tapi, bila usia dah bertambah ni, saya perasan saya akan mudah penat jika bersahur berat- berat. Perut dah tidak sekuat dulu... hihihihiii...

Cerita pasal bersahur ni, saya ada terjumpa satu buku yang menarik tentang bersahur. 

Tajuknya: Ayuh Bersahur - Keberkatan Yang Terpinggir. 

Buku ni sangat menarik, sangat comel dan penuh maklumat tentang kelebihan bersahur. 


Comel kan buku ni? Kat dalam dia lagi comel! Saya bagi sneak peek sikit...


Itu ajelah ye. Tak boleh sneak peak banyak- banyak... nanti saya kena saman dibawah Akta Hakcipta pula :)

Antara perkara yang dibincangkan didalam buku ini:
  • Ada apa dengan bersahur?
  • Pengertian, Hukum, Waktu, Makanan & Tip- tip Bersahur
  • Bagaimana mengisi waktu sahur anda?
  • Sketsa renungan
Best tau! Buku ini sangat berguna untuk memujuk orang- orang tersayang supaya bangun bersahur :)

Sebagai mengakhiri nukilan saya pada hari ini, hayatilah hadis Rasullullah s.a.w di bawah.

Anas bin Malik r.a berkata, Rasullullah s.a.w bersabda:
"Bersahurlah kamu, sesungguhnya pada makanan sahur itu terdapat keberkatan."
(Hadis riwayat al-Bukhari)

Jumpa lagi dinukilan akan datang! Rajin- rajinlah bangun bersahur ya!

No comments: