Dear Readers,

Salam & Good day to all... I hope you'll have fun reading and probably collect something useful here. I welcome all comments & commends. Be kind and please don't be anonymous. I'd like to know my visitors :)

"La Tahzan, InnaAllaha ma'ana" (Al- Quran: Surah At- Taubah- Verse 40)
Translation: "Be not sad (or afraid), surely Allah is with us."

"All that is necessary for the triumph of evil is that good men do nothing." ~Edmund Burke~

In a world where you can be anything, be kind.

Sunday, August 07, 2011

Pesan Ustaz: Kefakiran...

* In Malay.

...boleh menjadi penyebab kekufuran. Begitu peringatan daripada Ustaz Mustaffa, guru kelas Bahasa Arab saya.

Dalam kefakiran, banyak perkara menjadi sukar. Kekuatan untuk menghadapi ujian juga mudah menipis. Apabila diasak dengan kesusahan yang berterusan, kita akan menjadi lebih mudah untuk mempersoalkan ketentuan Allah. Apabila terdesak, kadangkala kita melakukan sesuatu yang diluar jangkaan.

Lalu, orang Islam wajib berusaha untuk meningkatkan tahap kehidupan supaya kita bukan sahaja dapat membantu diri & keluarga, tetapi juga masyarakat umum, khususnya umat Islam.

Kisah tentang saudara Islam kita yang mendapat bantuan daripada agama lain seperti yang kita baca di akhbar baru- baru ini adalah satu berita yang menyedihkan. Walaupun tidak salah untuk kita menerima bantuan daripada agama lain, tetapi ini menimbulkan persoalan... manakah perginya bantuan daripada Islam sendiri? Bagaimanakah pusat zakat dan baitulmal menjalankan peranan mereka dalam hal ini?

Info kutipan zakat:
Selangor (2010) = RM336.8 juta (sumber --> http://www.e-zakat.com.my/terkini/pencapaian-kutipan-dan-agihan-zakat-2010/)

Jumlah yang begitu besar... bermakna kebanyakkan umat Islam di Selangor telah pun menunaikan kewajipan berzakat mereka.

Mengikut kiraan kasar, jika diagihkan RM500 kepada seseorang yang layak, maka jumlah itu dapat menampung 673,600 orang.

Betulkah kiraan saya ini? Persoalannya... kenapa masih ada diantara umat Islam yang terpaksa menagih simpati daripada agama lain?

Yang kita khuatirkan... keimanan saudara seagama kita. Kiranya keIslaman mereka goyah dek kerana terpesona dengan kemurahan hati agama lain, dapatkah kita menyalahkan mereka 100%?

Kita juga ada salahnya.

Sedih memikirkan hal ini...

Ini peringatan untuk kita semua... supaya tidak lokek dan sentiasa bermurah hati membantu orang yang memerlukan. Terutamanya buat saudara seIslam.

Pemberian yang ikhlas tidak mengurangkan harta kita, malah akan menambahnya.

Kita tunggu jawapan daripada Pusat Zakat & Baitulmal... apa agaknya halangan yang mereka hadapi dalam menjalankan tanggungjawab mereka dengan lebih efisyen?

Semoga Ramadhan kali ini menjadi permulaan bagi negara kita untuk menjadi negara yang lebih baik.

Aminnnn...

No comments: