Dear Readers,

Salam & Good day to all... I hope you'll have fun reading and probably collect something useful here. I welcome all comments & commends. Be kind and please don't be anonymous. I'd like to know my visitors :)

"La Tahzan, InnaAllaha ma'ana" (Al- Quran: Surah At- Taubah- Verse 40)
Translation: "Be not sad (or afraid), surely Allah is with us."

"All that is necessary for the triumph of evil is that good men do nothing." ~Edmund Burke~

In a world where you can be anything, be kind.

Wednesday, July 26, 2006

Selamat Jalan Jimi Asmara

Semalam terkejut betul bila kawan- kawan di pejabat beritahu 'Hani Mohsin dah meninggal'. Ya Allah! Memang terkejut dan memang terasa sedih. Hani Mohsin masih muda. Baru diawal 40-an. Hani Karmila pun masih di sekolah rendah. Sedihnya. Tapi, ini semua sudah takdir yang ditetapkan. Ajal pasti menjemput kita semua. Tiada apa yang boleh jadi penghalang. Tak kira muda atau tua, sihat atau sakit. Semoga kita semua sentiasa menyediakan persiapan untuk menghadapi kehidupan selepas mati. Dan, jangan lupa sedekahkan Al-Fatihah untuk Allahyarham Hani Mohsin. Semoga dia sentiasa di dalam perlindungan & kasih sayang Allah s.w.t.

Saya bukan peminat besar Hani Mohsin. Walaupun begitu, sudah cukup untuk merasakan sedikit kesedihan di atas permergiannya. Bagi saya, di Malaysia sekarang, hanya ada 2 orang pelakon yang sesuai untuk menjadi pelakon utama dalam filem romantis. Hani Mohsin M. Nasir . Saya tak mungkin dapat melupakan watak Jimi Asmara. Kawan- kawan yang sama- sama menonton filem tersebut tentunya setuju dengan saya, tambahan pula kami mempunyai memori manis berkaitan dengan filem itu. Selepas ini, hanya tinggal M. Nasir... terasa kehilangan besar dalam dunia seni tanahair.

Kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Hani Mohsin, saya ucapkan takziah.

Jimi Asmara tetap dalam ingatan.




1 comment:

Anonymous said...

I like it! Keep up the good work. Thanks for sharing this wonderful site with us.
»