Awal pagi ini, entah bagaimana saya terbaca lagi berita tentang 'Melayu Pemalas'. Berita yang amat melemahkan hati. Sebagai seorang Melayu, saya tidak bersetuju sepenuhnya walaupun kenyataan itu ada benarnya. Tetapi, saya juga tidak begitu tersinggung kerana golongan 'Melayu Pemalas' hanyalah segelintir. Bukanlah 100%. Sekurang-kurangnya, 'Melayu Pemalas' yang saya kenali hanyalah seorang dua. Tidak sampai 5% pun.
Memang benar bangsa Melayu perlu berusaha untuk menjadi lebih rajin dan menjadi bangsa yang lebih maju serta berinovasi.
Rasanya, benar juga jika saya katakan sikap pemalas bukanlah khusus kepada bangsa Melayu saja.
Entah kenapa, kita sebagai orang Melayu sukanya bercerita tentang kelemahan dan kekurangan. Tidak nampak keistimewaan bangsa sendiri. Lalu saya berasa gembira dan bangga apabila seorang kawan di Facebook berkongsi kenyataan Tun Sambanthan terhadap orang Melayu.
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10204357547640867&set=a.2289285873688.132885.1295203991&type=1&theater |
Terima kasih Tun Sambanthan kerana mengingatkan bangsa Melayu tentang keistimewaan bangsa kami sendiri.
1 comment:
Melayu mudah lupa, Melayu mudah khayal mungkin itu sebabnya. Bukan semua Melayu malas dan bukan semua bukan Melayu rajin. Malas bukan sikap kita tapi disebabkan segelintar yang bersikap begitu maka Melayu dilabelkan sedemikian rupa. Sedihhh...Semoga kita tak menjadi sebahagian daripada Melayu yang begitu...
Post a Comment