Dear Readers,

Salam & Good day to all... I hope you'll have fun reading and probably collect something useful here. I welcome all comments & commends. Please don't be anonymous. I'd like to know my visitors :)

"La Tahzan, InnaAllaha ma'ana" (Al- Quran: Surah At- Taubah- Verse 40)
Translation: "Be not sad (or afraid), surely Allah is with us."

"All that is necessary for the triumph of evil is that good men do nothing." ~Edmund Burke~

'It's not what the world holds for you, but what you bring to it' ~Anne of Green Gables~

Monday, August 31, 2009

Impian Kemerdekaan

* In Malay

Hari ini, 31 Ogos 2009... hari ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang ke- 52. Hari ini, laungan 'Merdeka, Merdeka, Merdeka' bergema lagi. Mengulang kembali detik- detik sewaktu Tunku Abdul Rahman melaungkannya. Tapi penghayatannya, samakah dengan penghayatan sepenuh jiwa Tunku waktu itu?

Saya merupakan antara generasi bertuah yang dilahirkan dalam keadaan di mana Malaysia sudah sedia aman dan bergerak menuju kemajuan. Harapan saya semoga keadaan ini kekal begini... dan bertambah baik lagi.

Hari ini, ada antara mesej- mesej di status kawan- kawan di Facebook yang menarik perhatian saya.
- On this sacred day, I swore to defend this country against all enemies, foreign and domestic...
- Kita sering melaungkan Merdeka!! Adakah kita benar2 merdeka?? renung-renungkan lah.. perbaikilah diri kita untuk merdeka di kemudian hari.. Semoga Allah merahmati kita semua.. Amin.

Saya bersetuju dengan kedua- duanya...

Diulangtahun yang ke-52 ini, saya mengharapkan semoga seluruh pemimpin, parti- parti politik dan rakyat Malaysia bersatu padu demi memelihara keamanan dan kemakmuran Malaysia. Walaupun kita berbilang bangsa dan agama, kesejahteraan boleh dikekalkan dengan sikap saling hormat menghormati antara satu sama lain.

Saya juga berharap semoga semua pihak berhenti mem'politik'kan agama... sebaliknya meng'agama'kan politik. Ingatlah, dalam menikmati kemerdekaan, kita semua masih merupakan Hamba Allah, yang pada suatu masa nanti akan dipertanggungjawabkan atas semua tindakan kita di dunia ini.

Semoga negara Malaysia berkekalan...

Sesuatu yang harusnya kita hayati diulangtahun kemerdekaan ini...


~RUKUNEGARA~

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Salam Kemerdekaan yang ke-52 buat kita semua, rakyat Malaysia.

2 comments:

ceteris paribus said...

well said...o! unsaid..
except for this sentence:
(On this sacred day, I swore to defend this country against all enemies, foreign and domestic...)

your friend did not realise this is the oath of US marine corps..
why should we copy foreign oath??

too much movie i guess..

whatever it is...

salam merdeka...

w

The Sometimes Speechless said...

oooo... ya ka? That's US Marine Corps oath?! I'll let him know...