Bercerita dengan seorang sahabat tentang cabaran dalam kehidupan & kerjaya sehari- hari. Dalam begitu banyak cabaran, hasad dengki tentulah salah satu daripadanya... kan?
Kadang- kadang, kita yang tak ada apa- apa pun didengki orang. Tak faham kan? Mungkin kita ada keistimewaan yang kita sendiri tidak perasan. Cuma dapat dilihat oleh orang lain. Mungkin juga ianya ujian daripada Allah. Apa- apa pun, redhalah. Keistimewaan atau ujian, kedua- duanya kelebihan buat kita. Peluang untuk kita menjadi insan yang lebih baik.
Kita ni semuanya manusia biasakan? Soal hati & perasaan ni, bukan terhad kepada perasaan cinta aje kan? Hasad dengki pun, soal hati & perasaan juga. Macam cinta, hasad dengki juga bukan dipaksa- paksa. Ia juga sukar diteka. Betul ke? Hmmm... Inilah dia penangan penyakit hati.
Tapi, semua penyakit ada ubatnya. Macam cinta, hasad dengki juga boleh dikawal... Boleh diubati.
Soalnya, mahukah kita mengawal desakan hati itu? Mahukah kita mengubatinya?
Takkan tak mahu? Ih ih ih... tak baik tau dengki- dengki.
Hasad dengki ni, bukan sekadar menyakitkan orang yang didengki, malah menyusahkan diri sendiri. Apabila hasad dengki meluap- luap, senanglah syaitan nak cucuk jarum kerana lubangnya sudah ada. Sudah tentu kita semua tak mahu syaitan menguasai diri kita kan?
Siapa yang tak pernah berhasad dengki atau didengki orang, untungnya mereka. Saya belum termasuk dalam golongan yang beruntung itu. Belum lagi :) Syukurnya, penyakit ini, hanya 'mild' buat saya (rasanya laaa... eikkksss). Syukur sangat. Sekiranya kita didengki orang, berdoalah kepada Allah semoga perasaan hasad orang itu akan beransur- ansur pulih dan janganlah mencurahkan minyak keatas hati yang memang sedang berbara :) Jangan cari penyakit... *wink* Kasihanilah orang itu kerana dia juga sedang menghadapi kesukaran melawan perasaan hasad dengkinya (peringatan untuk diri sendiri...).
Apa pula yang dapat kita lakukan kalau kita sendiri yang berhasad dengki terhadap orang? Susah ni... kan? Tapi, seboleh- bolehnya. kawallah. Hasad dengki itu, simpan aje didalam hati. Tak perlulah menyakiti orang yang didengki tu. Gunakan semua tenaga & sumber yang terkumpul dengan perasaan hasad dengki itu untuk memperbaiki diri. Lebih berfaedah begitu. 'Inspiring rivalry' ... (peringatan untuk diri sendiri lagi...).
Disini saya sertakan senjata doa untuk melindungi diri daripada didengki orang, dan juga supaya kita sendiri tidak berdengki dengan orang :) Semoga kita semua mendapat kebaikan. Amin...
Ayat Penggerak:
Boleh baca kelebihan doa ini diwebsite Darussyifa' ye.
Sumber: Darussyifa' Online --> http://www.darussyifa.org/modules.php?name=News&file=article&sid=50 |
Sumber: Koleksi Doa Terpilih oleh Dato' Dr. Haron Din |
Lagi satu doa yang berfaedah buat kita semua dalam usaha memajukan diri.
Sumber: Koleksi Doa Terpilih oleh Dato' Dr. Haron Din |
Segala kebaikan & kelebihan itu datangnya daripada Allah, segala kekurangan adalah daripada diri saya sendiri. Semoga entri saya pada hari ini menjadi sumber yang berguna kepada kita semua.
Semoga cemerlang semua!