Dear Readers,

Salam & Good day to all... I hope you'll have fun reading and probably collect something useful here. I welcome all comments & commends. Be kind and please don't be anonymous. I'd like to know my visitors :)

"La Tahzan, InnaAllaha ma'ana" (Al- Quran: Surah At- Taubah- Verse 40)
Translation: "Be not sad (or afraid), surely Allah is with us."

"All that is necessary for the triumph of evil is that good men do nothing." ~Edmund Burke~

In a world where you can be anything, be kind.

Showing posts with label Pesan Ustaz. Show all posts
Showing posts with label Pesan Ustaz. Show all posts

Thursday, May 17, 2012

Always Read Al-Quran

* In Malay --> you can skip this part & go straight to the analogy story :)

Di kelas mengaji, Ustaz Nazri mengingatkan kami semua supaya sentiasa membaca Al-Quran, meskipun kita tidak begitu pandai membaca, tidak begitu pandai tajwid, tidak begitu betul sebutan dan langsung tidak memahami maksud Al-Quran. Jangan disebabkan kita pandai dalam semua atau salah satu perkara tersebut, kita terus meninggalkan amalan membaca Al-Quran.

Pesan ustaz, bacalah setiap hari. Satu hari, 3 baris ayat pun sudah memadai.

Pesan ustaz lagi, sentiasalah berusaha untuk mempelajari ilmu Al-Quran. Cara- cara bacaan, sebutan- sebutan serta makhraj huruf, tajwid, makna & tafsir Al-Quran. Ini menjadi kewajipan kita semua sebagai umat Islam.

Pengalaman saya belajar mengaji di Masjid Negara, semakin banyak saya belajar, semakin perlahan bacaan saya kerana banyak yang perlu dijaga.

Ada pendapat mengatakan yang tidak guna membaca Al-Quran jika kita tidak memahami maksudnya. Ustaz Nazri mengingatkan bahawa ini pendapat yang tidak betul kerana pahala membaca Al-Quran & pahala memahami maksudnya adalah dua perkara yang berasingan.

Ini mengingatkan saya tentang satu kisah analogi tentang membaca Al-Quran yang pernah dikirimkan oleh seorang sahabat saya. Email itu sudah tiada didalam simpanan saya. Mujurnya, saya dapat menjumpai cerita tersebut di http://www.paranorms.org/t242-why-we-must-read-al-quran#3831

*****

Why do we read Quran, even if we can't understand a single Arabic word? This is beautiful story, please read till end and forward to all you knows...

An old American Muslim lived on a farm in the mountains of eastern Kentucky with his young grandson. Each morning Grandpa was up early sitting at the kitchen table reading his Qur'an. His grandson wanted to be just like him and tried to imitate him in every way he could.

One day the grandson asked,

"Grandpa! I try to read the Qur'an just like you but I don't understand it, and what I do understand I forget as soon as I close the book. What good does reading the Qur'an do?"

The Grandfather quietly turned from putting coal in the stove and replied,

"Take this coal basket down to the river and bring me back a basket of water."

The boy did as he was told, but all the water leaked out before he got back to the house.

The grandfather laughed and said,

"You'll have to move a little faster next time,"

He sent him back to the river with the basket to try again. This time the boy ran faster, but again the basket was empty before he returned home. Out of breath, he told his grandfather that it was impossible to carry water in a basket, and he went to get a bucket instead.

The old man said,

"I don't want a bucket of water; I want a basket of water. You're just not trying hard enough,"

He went out the door to watch the boy try again. At this point, the boy knew it was impossible, but he wanted to show his grandfather that even if he ran as fast as he could, the water would Leak out before he got back to the house. The boy again dipped the basket into river and ran hard, but when he reached his grandfather the basket was again empty.

Out of breath, he said,

"See Grandpa, it's useless!"

"So you think it is useless?"

The old man said,

"Look at the basket."

The boy looked at the basket and for the first time realized that the basket was different. It had been transformed from a dirty old coal basket and was now clean, inside and out.

"Son, that's what happens when you read the Qur'an. You might not understand or remember everything, but when you read it, you will be changed, inside and outside. That is the work of Allah in our lives."

Moral of the story : Read Al-Quran frequently as it will purify our heart. When we have pure heart, it is easy to do righteous and leave jahiliyah and badness in ourselves.

*****

I hope this story reaches to your heart.

Love y'all. Take care!



Tuesday, October 04, 2011

Pesan Ustaz: Solat Jemaah

*In Malay

Pesanan daripada Ustaz Mustaffa, guru kelas Bahasa Arab saya. Pesanan ni, terutama sekali untuk jemaah lelaki sebab jemaah perempuan tak boleh menguatkan suara :)

Ustaz pesan, kalau selepas Imam habis baca Al-Fatihah, sebutlah 'Amin'. Al-Fatihah itu adalah doa & 'Amin' itu bermaksud 'Perkenankanlah'.

Pesan Ustaz lagi, kalau Imam baca :





Yang bermaksud: Maha mendengar Allah akan pujian orang yang memuji-Nya.


Makmum jawablah :




Yang bermaksud: Ya Tuhan kami, untuk-Mu lah segala puji- pujian.

Kata Ustaz, segala yang kita baca dalam solat, cantik maknanya. Segala yang kita buat dalam solat, ada fungsinya. Bayangkan jika bergema suara makmum serentak menjawab kata- kata Imam, bukankah itu melambangkan kekuatan dan kesatuan yang sejati bagi umat Islam?

Saya setuju dengan kata- kata Ustaz.

Hmmm... ada lagi pesanan Ustaz...

Kalau solat berjemaah, pastikan barisan lurus dan rapat kerana itu melambangkan kesatuan ummah. Kalau ada ruang diantara jemaah sewaktu di dalam saf, syaitan yang akan memenuhinya. Itukah yang kita mahu? Supaya solat kita yang asalnya pun tidak begitu khusyuk, bertambah gangguannya?

Dan jangan lupa bersugi serta sentiasa menjaga kebersihan diri & sekeliling. Itu juga asas kekuatan kita.

Perkara yang nampak kecil tetapi amat dalam maknanya.

Itu saja ruangan 'Pesan Ustaz' untuk hari ini. InsyaAllah, nanti saya post lagi!

Segala yang baik adalah daripada Allah, segala kekurangan adalah daripada diri saya sendiri.

Semoga kita dapat menjadi Muslim sejati!

Aminnnnnnn!


Sunday, August 07, 2011

Pesan Ustaz: Kefakiran...

* In Malay.

...boleh menjadi penyebab kekufuran. Begitu peringatan daripada Ustaz Mustaffa, guru kelas Bahasa Arab saya.

Dalam kefakiran, banyak perkara menjadi sukar. Kekuatan untuk menghadapi ujian juga mudah menipis. Apabila diasak dengan kesusahan yang berterusan, kita akan menjadi lebih mudah untuk mempersoalkan ketentuan Allah. Apabila terdesak, kadangkala kita melakukan sesuatu yang diluar jangkaan.

Lalu, orang Islam wajib berusaha untuk meningkatkan tahap kehidupan supaya kita bukan sahaja dapat membantu diri & keluarga, tetapi juga masyarakat umum, khususnya umat Islam.

Kisah tentang saudara Islam kita yang mendapat bantuan daripada agama lain seperti yang kita baca di akhbar baru- baru ini adalah satu berita yang menyedihkan. Walaupun tidak salah untuk kita menerima bantuan daripada agama lain, tetapi ini menimbulkan persoalan... manakah perginya bantuan daripada Islam sendiri? Bagaimanakah pusat zakat dan baitulmal menjalankan peranan mereka dalam hal ini?

Info kutipan zakat:
Selangor (2010) = RM336.8 juta (sumber --> http://www.e-zakat.com.my/terkini/pencapaian-kutipan-dan-agihan-zakat-2010/)

Jumlah yang begitu besar... bermakna kebanyakkan umat Islam di Selangor telah pun menunaikan kewajipan berzakat mereka.

Mengikut kiraan kasar, jika diagihkan RM500 kepada seseorang yang layak, maka jumlah itu dapat menampung 673,600 orang.

Betulkah kiraan saya ini? Persoalannya... kenapa masih ada diantara umat Islam yang terpaksa menagih simpati daripada agama lain?

Yang kita khuatirkan... keimanan saudara seagama kita. Kiranya keIslaman mereka goyah dek kerana terpesona dengan kemurahan hati agama lain, dapatkah kita menyalahkan mereka 100%?

Kita juga ada salahnya.

Sedih memikirkan hal ini...

Ini peringatan untuk kita semua... supaya tidak lokek dan sentiasa bermurah hati membantu orang yang memerlukan. Terutamanya buat saudara seIslam.

Pemberian yang ikhlas tidak mengurangkan harta kita, malah akan menambahnya.

Kita tunggu jawapan daripada Pusat Zakat & Baitulmal... apa agaknya halangan yang mereka hadapi dalam menjalankan tanggungjawab mereka dengan lebih efisyen?

Semoga Ramadhan kali ini menjadi permulaan bagi negara kita untuk menjadi negara yang lebih baik.

Aminnnn...